logo
 

Distributor Empowerment
and Customer Support

Xangosteen logo

mangosteens
line decor
    ::   Home | Product FAQ | Doctor's Opinions | Testimonies from users | Xanthone Research | Opportunity | Buy Now | Sign Up | Search | Contact | About Us |
line decor
   

Xango - Khasiat jus Manggis dan Xanthones diMalaysia.

Bahasa Malaysia

Julai 2007

PENGGEMAR produk minuman kesihatan di negara ini kini berpeluang merasai sendiri khasiat buah manggis melalui XanGo Juice, jus yang dihasilkan daripada keseluruhan buah berkenaan termasuk kulitnya.

Presiden Pembangunan Antarabangsa dan Perhubungan Pengedar XanGo LLC, Joseph Morton, berkata minuman berkenaan akan mula diperkenalkan kepada pengguna di negara ini mulai bulan ini.

Beliau yang juga pengasas bersama produk berkenaan berkata, kajian yang dijalankan pihaknya mendapati buah manggis yang digunakan masyarakat Asia Tenggara sejak sekian lama terbukti mempunyai pelbagai khasiat kepada kesihatan.

“XanGo Juice dihasilkan daripada keseluruhan buah berkenaan termasuk kulitnya. Oleh itu pengguna akan dapat menyerap lebih banyak khasiat daripada buah manggis.

“Jus ini kaya dengan ‘xanthones’ iaitu sejenis bahan antioksida yang sangat berkesan,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur semalam.

Morton berkata, puluhan kajian membuktikan buah manggis memberi pelbagai khasiat kepada tubuh seperti menjaga sistem kardiovaskular, sistem pernafasan, usus, menyokong fungsi sendi dan tulang rawan, menguatkan sistem pertahanan badan serta meneutralkan radikal bebas.

“Pengguna Islam tidak perlu bimbang kerana jus ini dijamin halal dan sudah mendapat status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Setakat ini sambutannya amat menggalakkan dan kami mensasarkan jualan memberangsangkan di seluruh negara. Apa yang menarik jus ini boleh diminum semua peringkat umur,” katanya.

Beliau berkata, jus berkenaan dijual melalui ribuan pengedar yang sudah dilantik di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan semakin mendapat sambutan.

XanGo Juice didatangkan dalam botol bersaiz 750 mililiter dan dijual pada harga RM160 setiap satu.

Produk itu yang diperkenalkan di pasaran global November 2002 kini mempunyai 750,000 wakil pengedar di seluruh dunia.

(http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Bisnes/20070705110129/Article/indexm_html)

 

 

Malaysia | Singapore | Hong Kong | Taiwan | Brunei | Thailand | Indonesia | Australia | USA | UK & Europe | Norway | Switzerland |

 
 
   

Copyright 2006 - 2008 by Xan2Power.com